JAS sudah diarah siasat: MB

Petugas Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel sisa bahan yang mencurigakan dari tong biru di bawah Jambatan Sungai Sembilang berdekatan loji kumbahaan Tanjung Puteri hari ini. - Foto Bernama
Petugas Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel sisa bahan yang mencurigakan dari tong biru di bawah Jambatan Sungai Sembilang berdekatan loji kumbahaan Tanjung Puteri hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian mengambil serius laporan dan aduan bahawa terdapat beberapa lagi kes yang disyaki kesan pembuangan sisa kimia di kawasan Masai, Pasir Gudang.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar Johor (JAS) untuk menyiasat laporan ini dengan segera.

“Saya juga telah mengarahkan pasukan dan agensi keselamatan seperti Bomba dan Penyelamat serta PDRM untuk menutup kawasan tersebut.

“Sehingga laporan yang lengkap diperolehi daripada JAS, kawasan tersebut hendaklah ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembersihan, kawalan dan penyiasatan telah dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan seperti dipetik dari Facebook rasminya di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penduduk jumpa 7 tong bau macam cuka

Osman berkata, jika benar pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pembuangan haram, tindakan tegas akan diambil.

Katanya, beliau tidak akan membiarkan bencana kimia itu berulang kerana nyawa dan keselamatan rakyat menjadi pertaruhan.

“Saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjauhi kawasan tersebut dan mematuhi peraturan keselamatan yang disediakan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!