Paip sudah kenal pasti lokasi bina rumah pam

Sinar Harian pada Selasa melaporkan rungutan peniaga dan penduduk di Pekan Awah, Maran yang berdepan krisis bekalan air bersih sejak 30 tahun lalu.
Sinar Harian pada Selasa melaporkan rungutan peniaga dan penduduk di Pekan Awah, Maran yang berdepan krisis bekalan air bersih sejak 30 tahun lalu.
A
A
A

KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sudah mengenal pasti lokasi sesuai bagi membina rumah pam berhampiran tapak tangki air dalam kawasan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kampung Awah, Maran.

Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Paip, Mohd Hanif Mohamed Nor berkata, itu antara perancangan jangka panjang yang sudah dirangka dalam menyelesaikan krisis bekalan air di kawasan terbabit.

"Apabila rumah pam siap ia akan mengepam air ke tangki perkhidmatan Kampung Awah dan masalah ganggu bekalan air akan dapat diselesaikan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan rungutan kira-kira 200 penduduk dan peniaga di arked perniagaan di Pekan Awah di sini yang berdepan dengan isu bekalan air bersih sejak 30 tahun lalu.

Penduduk mendakwa gangguan bekalan air itu menjejaskan rutin harian mereka termasuk menjejaskan operasi perniagaan.

Dalam pada itu, Mohd Hanif memaklumkan usaha telah dilakukan bagi mengatasi masalah peniaga dan penduduk di kawasan Pekan Awah dan sekitarnya.

Jelasnya, bagi penyelesaian jangka pendek, Paip daerah Maran sudah menghantar lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan berkenaan.

"Selain itu, kita juga menghantar bekalan air bersih secara berjadual untuk kegunaan peniaga dan penduduk di situ," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!