11 pegawai, anggota ATM terima pingat PNBB
KUANTAN - Seramai 11 pegawai dan anggota dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Pingat Pertubuhan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).
Pingat itu diberikan kepada Pegawai Pemerhati Tentera (PPT) dan Pegawai Staf Tentera (PST) yang berjaya melaksanakan penugasan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Bahagian Hal Ehwal Awam Markas Angkatan Bersama dalam kenyataannya berkata, lima penerima dari Tentera Darat, empat dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dua dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Menurut kenyataan itu, majlis pemakaian pangkat disempurnakan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Datuk Indera Yazid Arshad (TUDM) di Markas Angkatan Bersama Kuantan di sini pada Rabu.
"Penerima pingat ini telah berjaya melaksanakan misi PBB termasuk United Nations Mission for The Referendum in Western Sahara (MINURSO), United Nations Organization Stabilization Mission in The Democratic Republic of Congo (MONUSCO) dan United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL)," katanya.
Tambahnya, majlis pemakaian pingat PNBB itu sebagai simbolik bagi memperakui PPT dan PST yang berjaya menamatkan misi PBB di negara berkenaan selama setahun.
"ATM melalui Markas Angkatan Bersama terus komited untuk meneruskan misi keamanan sejagat melalui penghantaran PPT dan PST untuk misi-misi keamanan di seluruh dunia seperti yang ditawarkan PBB," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!