21 kluster aktif institusi pendidikan di NS

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 21 kluster aktif berkaitan pendidikan direkodkan di Negeri Sembilan sehingga Selasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, terdapat lapan buah sekolah masih diarahkan tutup selepas penilaian risiko dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah.

"Arahan penutupan itu bagi tujuan pengesanan kontak rapat, isolasi, sanitasi dan mitigasi serta akan dibuka semula secara berperingkat.

"Hasil penelitian, pola penularan kes Covid-19 di sekolah kebanyakannya bersifat sporadik dan tidak ada dapatan substantif yang menunjukkan punca penularan adalah disebabkan ketidakpatuhan atau pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di sekolah yang terlibat," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini pada Rabu.

Jelasnya, berdasarkan pemerhatian dan pemantauan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, tahap pematuhan SOP di sekolah adalah memuaskan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam pada itu katanya, pendaftaran kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di Negeri Sembilan masih rendah.

"Sehingga semalam (Selasa) hanya 6.8 peratus yang telah menerima vaksin daripada 117,200 kanak-kanak di Negeri Sembilan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!