Lima rumah musnah terbakar

Aminuddin semasa melawat ke lokasi kejadian kebakaran melibatkan lima rumah di Ulu Rantau tadi.
Aminuddin semasa melawat ke lokasi kejadian kebakaran melibatkan lima rumah di Ulu Rantau tadi.
A
A
A

SEREMBAN - Lima rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Ulu Rantau, dekat sini tadi.

Dalam kejadian 9 malam itu, menyebabkan seorang lelaki, Lee Yun Choy, 54, mengalami cedera akibat melecur di beberapa anggota badan.

Daripada lima rumah itu, hanya tiga sahaja berpenghuni, manakala selebihnya adalah rumah kosong.

Sebaik sahaja insiden itu berlaku, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun bersama beberapa Ahli Exco datang melawat ke lokasi kejadian bagi melihat sendiri keadaan di situ.

Bagaimanapun, beberapa mangsa yang terlibat, sudah tiada di situ berikutan mereka telah ke rumah saudara di tempat lain untuk menumpang bermalam.

No Image Caption

Menteri Besar dalam lawatannya tadi berkata, kebajikan semua mangsa terlibat akan diberi keutamaan.

"Saya ucapkan takziah kepada tiga keluarga yang terlibat, Insya-ALLAH esok pagi pegawai dan Adun Paroi kita akan mencari mereka untuk membantu apa yang patut.

Artikel Berkaitan:

"Malam ini kita tidak dapat bertemu mereka kerana masing-masing sudah ke rumah keluarga dan saudara mara, ada di Labu dan juga Semenyih untuk bermalam, tapi esok kita akan bantu mereka,"katanya.

Dalam operasi menyelamat itu, seramai 40 anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian, dengan membabitkan lima Balai Bomba dan Penyelamat dari Seremban 2, Rembau, Port Dickson, Senawang dan Rantau

Kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada jam 10.52 malam.

SEREMBAN - Lima rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran jam 9 malam tadi di Kampung Ulu Rantau. Dalam kebakaran itu,...

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Monday, March 18, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!