Zii Jia tewaskan juara Kejuaraan Dunia

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

PEMAIN perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia memulakan perjalanan profesionalnya dengan langkah kanan apabila menyumbang mata pertama Malaysia setelah menjinakkan pemain Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi Kumpulan B Kejuaraan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada Rabu.

Untuk rekod, Kean Yew yang berstatus ranking ke-12 dunia sebelum ini menang ke atas Zii Jia yang berada di ranking ketujuh dunia selepas pemain berusia 23 tahun dari Alor Setar itu menarik diri selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan akhir Terbuka Hylo di Jerman, November lalu.

Zij Jia yang juga juara Seluruh England pada 2021 meraih kemenangan 21-6, 21-14 ke atas bekas juara Kejuaraan Dunia itu dalam aksi pertama sekali gus menyamakan rekod pertemuan mereka sebelum ini kepada 2-2.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tidak berdepan laluan sukar menjinakkan pasangan dari Singapura, Danny Chrisnanta-Koh Eng Keat 21-14, 21-12, sekali gus membolehkan skuad negara mendahului dengan kedudukan 2-0.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!