MAIS tawar rumah sewa serendah RM500

MAIS menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam untuk disewa kepada rakyat di negeri tersebut.
MAIS menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam untuk disewa kepada rakyat di negeri tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3, di sini untuk disewa kepada rakyat di negeri tersebut.

MAIS menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan harga sewaan yang ditawarkan bagi pekerja sektor awam dan swasta serendah RM500 dan RM600 sebagai usaha pihak tersebut membantu masyarakat.

Menurutnya, antara kriteria kelayakan lain untuk menyewa unit yang dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air itu ialah penyewa mestilah berkeluarga, mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

Antara kemudahan lain yang disediakan di Wisma MAIS Seksyen 3, di sini ialah kawalan sistem keselamatan 24 jam dan kamera litar tertutup (CCTV); 220 tapak parkir terbuka percuma; mempunyai surau, perpustakaan wakaf; dan pelbagai restoran serta kedai keperluan harian.

“Jika berminat, segera muat turun Borang Permohonan Sewaan di laman web www.mais.gov.my/sewaan/.

“Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Arzlan di talian 019-264063,” kata hantaran tersebut pada Rabu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!