Wanita maut leher terputus ditetak anak tiri
Lokasi mangsa yang maut dalam keadaan tragis dengan leher yang terputus dipercayai akibat ditetak oleh anak tirinya di Kampung Batu Machang Jerek, Gua Musang pada Rabu. - Foto ihsan PDRM
A
A
A
Kejadian berlaku terhadap mangsa berusia 54 tahun tersebut disedari pada jam 4.55 petang.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, ketika itu, pengadu seorang anggota polis bertugas di kaunter aduan di Balai Polis Bertam didatangi suspek yang berusia 39 tahun memberitahu membunuh ibu tirinya.
“Suspek mengatakan dia membunuh emak tirinya dengan parang di rumah mereka.
“Polis yang bergegas ke lokasi menjumpai mayat ibu tirinya dalam keadaan putus leher akibat dipercayai tetakan menggunakan parang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Ujarnya, suspek dipercayai seorang penagih dadah dan pesakit mental.
“Semakan rekod lampau mendapati dia sebelum ini pernah ditangkap atas kesalahan curi motosikal mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 451 Kanun Keseksaan.
“Suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!