Tiada satu sen pun masuk poket sendiri: Syed Saddiq
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dirinya dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) 'dibeli' oleh golongan ahli perniagaan kaya disebabkan sumbangan yang diterima.
Sebaliknya, beliau menegaskan semua sumbangan yang diterima pihaknya digunakan untuk membantu keluarga miskin di Muar termasuk mangsa-mangsa banjir.
"RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, RM2 juta untuk mangsa banjir. Semua ini datang daripada puluhan ribu rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang berkuasa. Bukan 'tauke-tauke'.
"Saya dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit? Satu sen pun tak masuk poket untuk kegunaan sendiri
"Kutip sumbangan RM1.8 juta untuk Parlimen Muar, sudah disemak oleh syarikat audit Ernst & Young. Parlimen lain dah buat?
"Sumbangan RM2 Juta Misi Banjir MUDA, saya dah bentangkan," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Rabu.
Beliau turut meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan sedutan video yang hanya berdurasi 10 saat untuk menabur fitnah.
"Yang ada jet mewah peribadi, rumah banglo besar, duit berjuta-juta tak ada pula nak buat video?
"Pelik bin Ajaib! Jangan tuding jari, cermin diri sendiri," katanya.
Tular lagi fitnah kata saya dan MUDA dibeli oleh taukey-taukey kaya.
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 16, 2022
Dah post sebulan lepas, hari ini baru nak ungkit?
Saya nak tolong keluarga-keluarga Muar yang susah sahaja.
Yang ada rumah banglo besar, duit berjuta, mana video?
Jangan tuding jari, cermin diri sendiri. pic.twitter.com/Z2x9ek8ah8
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!