Liverpool padu habis di San Siro
GOL lewat permainan Roberto Firmino dan Mohamed Salah membolehkan Liverpool menang 2-0 ke atas kelab sensasi Serie A, Inter Milan dalam perlawanan pertama peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara di Stadium San Siro.
Biarpun begitu, Inter Milan yang lebih menguasai perlawanan gagal memanfaatkan peluang merobek gawang pelawat terutamanya pada babak pertama.
Peluang terbaik Inter Milan hadir menerusi percubaan Hakan Calhanoglu, namun rembatannya menuju ke arah palang gol lawan.
Liverpool yang bergelut untuk mencipta banyak peluang pada babak pertama, menyaksikan pengendali Jurgen Klopp membuat perubahan pada separuh masa kedua.
Hasilnya, Firmino yang ditampilkan pada minit ke-46 menggantikan Diogo Jota meletakkan pelawat di depan selepas menterjemahkan hantaran Andrew Robertson di minit ke-75.
Gol itu ternyata menyaksikan pertahanan tuan rumah mula longgar yang kemudiannya dimanfaatkan sepenuhnya Salah untuk jaringan kedua pelawat pada minit ke-83.
Liverpool yang berstatus juara edisi 2019, berpeluang mara fasa seterusnya walaupun tanpa peraturan gol di tempat lawan pada saingan kali ini apabila kedua-dua pasukan kembali berentap timbal balik kedua di Anfield bulan depan.
KEPUTUSAN
Inter Milan 0-2 Liverpool
Firmino 75'
Salah 83'
Salzburg 1-1 Bayern Munich
Adamu 21'
Coman 90'
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!