[VIDEO] Covid-19: UiTM tangguh istiadat konvokesyen Mac ini
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan Istiadat Konvokesyen ke-93 universiti tersebut yang dijadualkan bermula pada 2 hingga 23 Mac depan.
UiTM dalam kenyataan memaklumkan penangguhan istiadat konvokesyen melibatkan 27,287 graduan UiTM Shah Alam; cawangan Sarawak dan Sabah itu diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil 5/2022 pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, istiadat konvokesyen tersebut dijangka dilaksanakan pada Jun hingga Julai tahun ini.
"Penangguhan ini juga berdasarkan perkembangan terkini peningkatan penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia. Ia juga berdasarkan saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan keprihatinan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), berikutan peningkatan penularan jangkitan Covid-19 secara mendadak di seluruh negara yang amat membimbangkan pihak universiti.
"Pihak pengurusan UiTM memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh para graduan dan ibu bapa. Pihak UiTM juga berasa kesal dengan situasi di luar kawalan ini dan amat menghargai kefahaman, sokongan serta kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dalam hal ini,” menurut kenyataan itu.
Maklumat terkini mengenai penangguhan pelaksanaan Istiadat Konvokesyen UiTM ke-93 boleh dirujuk di laman sesawang konvokesyen.uitm.edu.my atau menghubungi Aminah Aman: wa.me/+60355443110 atau Rozani Mohd Noh: wa.me/+60355443114. - Bernama
@sinarharianonline Kesian pula. Jubah semua dah ambil! #fyp#TikTokNews#BuletinTikTok#ViralNewsTikTok#KonvoUiTM#UiTMShahAlam original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!