Berlian biru akan dilelong pada harga lebih RM200.75 juta
NEW YORK - Firma lelongan Sotheby's mengumumkan pada Rabu bahawa ia akan melelong sebutir berlian biru terbesar di di Hong Kong pada April depan.
Berlian seberat 15.10 karat itu dikenali sebagai De Beers Cullinan Blue Diamond dijangka dilelong lebih AS$48 juta (RM200.75 juta).
"Ia dipotong tanpa mengalami sebarang kecacatan yang terbesar bagi berlian biru dan pernah digredkan oleh Institut Gemologi Amerika (GIA)," kata firma berkenaan dalam satu kenyataan.
Jualan itu menandakan buat kali pertamanya berlian biru lebih daripada 15 karat yang pernah dilelong.
Berlian itu dipotong dari batu kasar yang ditemui di lombong Cullinan di Afrika Selatan pada April 2021.
Ia lebih besar daripada Oppenheimer Blue seberat 14.62 karat yang dilelong pada harga AS$57.5 juta (RM240.48 juta) pada Mei 2016. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!