Bank Rakyat tersenarai dalam Koperasi Premier Malaysia 2021

Noh (tiga dari kanan) bersama Muslimin (tiga dari kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Abd Rani (empat dari kanan) dan Syed Abdul Aziz (dua dari kiri) semasa Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi, baru-baru ini.
Noh (tiga dari kanan) bersama Muslimin (tiga dari kiri) menyerahkan sijil pengiktirafan tersebut kepada Abd Rani (empat dari kanan) dan Syed Abdul Aziz (dua dari kiri) semasa Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi, baru-baru ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Bank Rakyat telah tersenarai dalam kelompok Koperasi Premier Malaysia 2021 oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pengiktirafan itu dianugerahkan berdasarkan kedudukan Bank Rakyat sebagai antara lima koperasi terbaik ‘Profil 100 Koperasi Terbaik Malaysia’ bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2018 hingga 2020.

Pengerusinya, Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar berkata, pengiktirafan itu membuktikan Bank Rakyat berada di landasan tepat dalam melaksanakan mandat penubuhan bank berkenaan yang bermula sebagai perintis bank koperasi pada tahun 1954 walaupun kini berhadapan dengan pelbagai cabaran susulan penularan pandemik Covid-19 yang masih membelenggu sektor perniagaan, termasuk koperasi di seluruh negara.

“Sebagai bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dan bank Islam kedua terbesar dari segi saiz aset dengan jumlah lebih 800,000 anggota daripada individu dan koperasi, Bank Rakyat masih berjaya mengekalkan keutuhan prestasi kewangan pada tahap yang baik saban tahun hasil daripada sokongan pelanggan dan anggotanya,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sijil pengiktirafan tersebut diserahkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahaya kepada Abd Rani dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan pada Majlis Pelancaran Sambutan 100 Tahun Koperasi, baru-baru ini.

Sementara itu, Syed Abdul Aziz berkata, kestabilan kedudukan kewangan bank berke-naan dapat dilihat dari segi pencapaian keuntungan sebelum cukai dan zakat melebihi RM1 bilion sejak tahun 2016.

“Bagi tahun kedua pelaksanaan pelan strategik Bank Rakyat 2025 (BR25) pada tahun ini, Bank Rakyat akan terus memanfaatkan potensi yang boleh diterokai dengan mempelbagaikan perniagaan daripada runcit kepada perusahaan mikro, kecil dan se-derhana serta koperasi bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada anggota, pelanggan dan komuniti.

“Bank Rakyat juga menghargai MEDAC serta SKM atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan dalam bersama-sama memperkasakan sektor koperasi negara,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!