'Menang atau kalah PRK, rakyat harus menang'

Chee Heng
Chee Heng
A
A
A

SHAH ALAM - Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau 'Uncle Kentang' tetap meletakkan keperluan masyarakat di Semenyih sebagai keutamaan walaupun pernah tewas bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan itu.

Bekas calon Bebas pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2019 itu mahu masyarakat terus diutamakan dan berhasrat menyediakan sebuah ambulans sebagai hadiah kepada yang memerlukan melalui kutipan derma.

"Calon kalah. Tetapi siapa penting menang atau kalah... rakyat harus dimenangkan. Kebiasaan calon kalah akan menghilangkan diri. Kita kembali bersama anda semua.

"Anda inspirasi Malaysia. Bersama kutipan derma kita hadiahkan kepada penduduk Semenyih satu ambulan," katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Khamis.

Beliau berkata, penyediaan ambulans itu bagi memudahkan golongan yang tidak mampu untuk menyewa kenderaan tersebut mendapatkan rawatan di hospital mengikut jadual telah ditetapkan.

"Ada duit? Bayar skala minima. Tiada duit bayar RM1. Ini diharapkan dapat membantu penduduk Semenyih agar jangan ponteng hospital hanya sebab tak mampu sewa ambulans.

"Penyakit kalau tak diubati mudah menjadi teruk. Bila teruk ia akan menjejaskan mereka yang jaga pesakit, masa dan ekonomi juga terjejas.

"Kalau dah ada ambulans, mudah ke hospital. Kerana kalau tak mampu bayar RM1 sahaja," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, walaupun sebagai calon kalah dalam PRK DUN Semenyih namun keperluan golongan yang tidak berkemampuan di kawasan berkenaan tetap berada di dalam hatinya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!