Juruteknik terima upah RM200 bawa rokok seludup

Sebahagian rokok seludup yang berjaya dirampas di Jalan berhampiran Taman Botanikal, Ayer Keroh, pada Rabu.
Sebahagian rokok seludup yang berjaya dirampas di Jalan berhampiran Taman Botanikal, Ayer Keroh, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang juruteknik berusia 39 tahun ditahan selepas memiliki 73,056 batang rokok seludup bernilai RM40,000 di Jalan berhampiran Taman Botanikal, Ayer Keroh di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur itu dihantar seorang individu tidak dikenali untuk memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Inova berisi rokok seludup yang diletakkan di kawasan Malim.

Menurutnya, suspek memandu MPV tersebut sebelum diekori anggota polis selepas berasa curiga sebelum bertindak menahan lelaki terbabit.

"Hasil pemeriksaan dalam kereta itu menjumpai 492 karton rokok tanpa cukai dipercayai rokok seludup.

"Turut dirampas kereta MPV menggunakan nombor pendaftaran palsu serta tiga buah telefon bimbit dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM70,000," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, suspek dipercayai aktif melakukan kegiatan itu sejak Oktober tahun lalu dengan menerima bayaran upah sebanyak RM200 setiap kali trip penghantaran.

"Suspek akan membawa kenderaan berisi rokok dipercayai untuk pasaran Kuala Lumpur.

"Arahan lokasi penghantaran hanya akan diberi selepas kereta berjaya melepas Tol Sungai Besi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 Seksyen 108(3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!