'Egg boy' derma semula duit dananya...
CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. 'Egg boy' akan menyumbangkan wang yang dikumpul untuknya kepada keluarga, mangsa serangan masjid di Christchurch.
William Connolly, 17, merujuk kepada 'Egg boy' semakin hangat diperkatakan apabila menjadi tumpuan dunia setelah tindakan beraninya memecahkan telur di kepala Senator Australia, Fraser Anning.
Kejadian itu mendorong orang awam mewujudkan page (halaman) GoFundMe untuk mengumpul, bagi membayar yuran guaman dan setakat ini wang itu meningkat kepada AS$50,000 (RM203,940).
Individu yang mencipta halaman itu berkata, Connolly telah menghubunginya dan komited untuk menyerahkan sebahagian besar wang tersebut kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.
ARTIKEL BERKAITAN: Senator dibaling telur gara-gara kenyataan berhubung insiden masjid di NZ
Christchurch digempar insiden tembakan di dua masjid
Dalam insiden pada Jumaat lalu, pengganas kulit putih melancarkan serangan maut di dua masjid di Christchurch hingga mengakibatkan 50 kematian.
Brenton Tarrant, 28, berdepan tuduhan membunuh susulan serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood malah bakal berdepan lagi pertuduhan apabila dihadapkan semula ke mahkamah pada 5 April depan. - NZHerald
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!