Felda kurangkan tempoh Pinjaman Sara Hidup kepada empat tahun

Idris berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Felda Digital Maker Hub di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto Bernama
Idris berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Felda Digital Maker Hub di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bharu hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pengurangan tempoh Pinjaman Sara Hidup kepada empat tahun kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mampu meringankan beban hutang yang ditanggung oleh kumpulan tersebut.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Datuk Seri Idris Jusoh berkata, sebelum ini jumlah peningkatan hutang dalam kalangan peneroka sejak 10 hingga 20 tahun lalu berlaku disebabkan salah faham berhubung Pinjaman Sara hidup diberikan secara percuma.

Menurutnya, tempoh pinjaman tersebut meningkat kepada lapan hingga 10 tahun yang menyebabkan hutang tersebut semakin tinggi dan kini pinjaman sara hidup itu tidak diberi selepas empat tahun.

“Hutang ini bukan satu yang baru, ia sejak 10 atau 20 tahun lalu.

“Felda dulu kita tanam semula dan masa tanam semula (Felda) beri sara hidup. Wang sara hidup mula-mula sampai empat tahun, ada sampai lapan atau 10 tahun.

“Jadi sekarang ini, kita tidak berikan sara hidup ini selepas empat tahun dan hutang berkurang, ada sesetengah mengatakan hasil itu rendah jadi sara hidup itu menyebabkan mereka sambung tahun kepada tahun sebab itu kita mengehadkan kepada empat tahun," katanya dalam sidang media selepas Taklimat Media Mengenai Kejayaan Felda dan Hala Tuju Felda Baharu, di sini pada Khamis.

Amiruddin (dari kiri), Idris pada sidang media mengenai Kejayaan Felda dan Hala tuju Felda pada Khamis.
Amiruddin (dari kiri), Idris pada sidang media mengenai Kejayaan Felda dan Hala tuju Felda pada Khamis.

Program taklimat tersebut dihadiri, Pengarah Besar Felda, Datuk Amiruddin Abdul Satar, Timbalan Pengarah Felda, Mahatzir Mustafa dan Ketua Peneroka Kebangsaan, Sulong Jamil

Artikel Berkaitan:

Tambah Idris, Pinjaman Sara Hidup tersebut hanya kepada mereka yang memerlukan sahaja untuk mengurangkan hutang peneroka.

"Jika anak ada duit dan mereka dah jadi pengurus dan sebagainya maka tidak perlu untuk ambil pinjaman tersebut.

"Maka dengan ini kita dapat mengurangkan kos hutang peneroka di samping mengeluarkan kos-kos yang lain," jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!