Permintaan tinggi, MAIS tutup permohonan sewa rumah serendah RM500

MAIS menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam untuk disewa kepada rakyat di negeri tersebut.
MAIS menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam untuk disewa kepada rakyat di negeri tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menutup permohonan tawaran sewa kediaman serendah RM500 di Wisma MAIS Seksyen 3 di sini.

MAIS menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan, pihaknya menerima permohonan yang tinggi sejak tawaran itu dihebahkan di media sosial dan media perdana sejak Rabu.

Menurut kenyataan itu, tawaran ditutup bagi membolehkan pihaknya membuat saringan kepada mereka yang telah menghantar permohonan.

"Pihak MAIS akan mendahulukan permohonan berserta borang dan dokumen yang lengkap mengikut kriteria yang ditetapkan untuk diproses.

" Kekosongan kediaman yang ditawarkan adalah sebanyak 30 unit sahaja sebagai satu inisiatif MAIS membantu pemulihan ekonomi masyarakat," menurut kenyataan itu pada Khamis.

MAIS turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin menyebarkan info berkaitan sewaan tersebut.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan MAIS menawarkan kediaman berkeluasan 600 kaki persegi di Wisma MAIS Seksyen 3 untuk disewakan serendah RM500 sebagai usaha membantu masyarakat.

MAIS menetapkan kriteria kelayakan penyewa mestilah berkeluarga dan mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM5,000.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!