13 maut terjatuh dalam perigi buta

Penduduk tempatan berada di lokasi untuk melihat mangsa yang terjatuh dalam perigi buta di India. - Agensi
Penduduk tempatan berada di lokasi untuk melihat mangsa yang terjatuh dalam perigi buta di India. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Seramai 13 orang termasuk wanita dan kanak-kanak perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dalam perigi ketika menghadiri majlis perkahwinan di utara India.

Pegawai Kanan Polis, Akhil Kumar memberitahu wartawan di Kushinagar negeri Uttar Pradesh semasa kejadian mangsa sedang duduk atas kepingan besi yang menutupi perigi tersebut.

Majistret Daerah, S. Rajalingam berkata, perigi tersebut sudah lama tidak digunakan dan kepingan besi itu tidak mampu menampung berat mangsa yang duduk di atasnya.

"Mangsa terjatuh dan ditimpa dengan serpihan logam itu," katanya

Difahamkan wanita dan kanak-kanak berkumpul bagi menghadiri sebuah majlis perkahwinan di kampung mereka.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menyifatkan insiden itu sebagai 'menyayat hati'. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!