Melayu percaya Illuminati: KJ

Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak sikap segelintir orang Melayu yang menolak pengambilan vaksinasi Covid-19 tanpa alasan kukuh.

Menurutnya, ia adalah satu cabaran besar buat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Bukan kita hendak melihat isu ini dari segi perkauman tetapi angka itu sangat ketara," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perbezaan bilangan penerima dos penggalak mengikut kaum di negara ini.

Beliau berkata, sekiranya maklumat tersebut tidak diambil kira, kementerian tidak dapat melakukan intervensi dengan berkesan.

"Apa yang kita tahu sekarang ini keengganan menerima dos penggalak ataupun Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) di kalangan masyarakat Melayu agak tinggi.

"Kita cuba juga sebab Melayu percaya Illuminati," katanya dalam sidang akhbar di kementeriannya pada Khamis.

Khairy berkata, pakar perubatan dalam bidang masing-masing telah diminta untuk lebih kerap tampil di media sosial bagi menjawab dan mematahkan hujah kumpulan penentang vaksinasi.

Artikel Berkaitan:

"Mereka sangat rajin dan berjaya menakutkan orang lain jadi usaha untuk mengatasi pandangan tidak berasaskan sains ini akan diperhebatkan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!