Warga emas pitam sebelum Myvi dipandu rempuh kubur

Gambar Perodua Myvi memasuki tanah perkuburan Islam tular di media sosial. - Foto media sosial
Gambar Perodua Myvi memasuki tanah perkuburan Islam tular di media sosial. - Foto media sosial
A
A
A

SEREMBAN - Seorang wanita warga emas yang memandu Perodua Myvi dan terbabas dalam kejadian di Tanah Perkuburan Islam Forest Heights dekat Senawang di sini, didakwa mengalami kekurangan gula dalam darah dan pitam sehingga gagal mengawal kenderaan dipandunya.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, wanita berusia 60 tahun berkenaan dikatakan baru sahaja selesai menziarahi kubur arwah suaminya di tanah perkuburan itu seorang diri.

“Ketika hendak bergerak keluar dari tanah perkuburan tersebut, pemandu kereta itu berada dalam keadaan kekurangan gula dalam darah sebelum pitam di dalam kenderaannya.

"Ini menyebabkan kereta itu bergerak ke hadapan secara tidak sengaja lalu melanggar dua tapak perkuburan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Nanda berkata, insiden itu menyebabkan dua tapak perkuburan mengalami kerosakan manakala wanita warga emas terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kereta dipandu itu juga hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian hadapan dan pemandu wanita telah pun menerima rawatan yang sewajarnya.

“Anak kepada wanita warga emas itu juga telah hadir membuat laporan dan memaklumkan akan bertanggungjawab untuk membaiki segala kerosakan melibatkan tapak perkuburan terjejas,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!