'Harap senarai rasmi nama mangsa diumumkan hari ini'

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua pihak terutama ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia dalam insiden tembakan di masjid Christchurch berharap agar senarai nama mangsa diumumkan hari ini.

Memetik laporan Utusan Online, Pegawai Perubatan di Hospital Christchurch yang juga merupakan rakyat Malaysia, Mohamad Firdaus Mohamad Hanib memberitahu, sehingga kini tiada sebarang pengumuman dibuat pihak berkuasa.

“Semua berharap senarai nama mangsa yang meninggal dunia akan diumumkan hari ini dan jenazah boleh dibawa keluar dari hospital untuk diuruskan.

“Setakat yang saya tahu senarai rasmi belum keluar lagi. Semoga ALLAH permudahkan urusan kita semua,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Sebelum ini, memetik laporan NZ Herald hanya menyebut mengenai identiti mangsa yang maut telah dikenal pasti pihak berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi NZ: Identiti mangsa dikenal pasti

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!