Penunggang motosikal maut langgar tayar treler tercabut

Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.
Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang kerani sebuah kilang maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh tayar treler yang tercabut di Kilometer 46 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.05 pagi itu, mangsa yang berusia 40 tahun dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Kamalariffin Aman berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang dipandu seorang lelaki berusia 49 tahun dari Pelabuhan Klang menghala ke Shah Alam manakala mangsa dari Kanchong Darat menghala ke tempat kerjanya di Pelabuhan Klang.

"Setibanya di lokasi kejadian, tayar sebelah kiri bahagian belakang treler berkenaan pecah manakala tayar tengah sebelah kanan tercabut dan bergolek masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu menunggang motosikal dari arah Saujana Putra menghala ke Pelabuhan Klang tidak sempat mengelak lalu melanggar tayar tersebut.

"Motosikal berkenaan hilang kawalan mengakibatkan mangsa tercampak dan jatuh di atas jalan.

"Mangsa yang cedera parah pada kedua belah kaki, tangan kanan dan bahagian dalaman disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Kamalariffin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman di talian 017-3012621 untuk membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!