Di mana ibu kandung Qistina
KUALA LUMPUR - Waris seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang ditinggalkan ibu kandung dalam jagaan keluarga angkat dicari bagi proses pendaftaran anak angkat.
Penjaga kanak-kanak itu, Rohani Harun, 53, berkata, Qistina Balqis itu ditinggalkan sejak berusia dua minggu oleh ibu kandung dikenali dengan nama Lia Febriani.
Menurutnya, ketika diserahkan, wanita berkenaan berjanji akan mengambil kembali anaknya namun menghilang tanpa dapat dihubungi.
“Qistina lahir pada 16 April 2013. Proses pendaftaran ini penting kerana tahun depan Qistina perlu didaftarkan untuk masuk ke sekolah.
“Bagaimana nak daftar sekolah jika tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi penjaga Qistina diraikan 0193952889 atau 0126389272.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!