Kerajaan ambil tindakan sewajarnya bantu mangsa: TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Biro Majlis Antara Kerajaan (IGC) berucap ketika mempengerusikan Mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST) Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Sainstifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Sesi Ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST di Ibu Pejabat UNESCO hari ini.
--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

PARIS, March 18 -- Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, who also president of the Intergovernmental Council (IGC) Bureau addressing her speech during the UNESCO Management of Social Transformation (MOST) meeting and the 14th Session of the Intergovernmental Council for MOST at the UNESCO headquarters today. Foto Bernama

A
A
A

PARIS - Kerajaan terutama menerusi Kementerian Luar telah melaksanakan tindakan sewajarnya bagi membantu rakyat Malaysia yang menjadi mangsa atau terkesan dalam insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sejurus berita mengenai tragedi itu disiarkan, Kementerian Luar menerusi Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan untuk membantu keluarga mangsa.

“Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Hal Ehwal Pelbagai Hala Kementerian Luar (Datuk Nadzirah Osman) juga telah pergi ke New Zealand untuk memberikan bantuan kepada keluarga mangsa di sana.

“Jadi janganlah menyatakan seperti kerajaan tidak melakukan sepatutnya kerana kerajaan dan Kementerian Luar Negeri telah membuat apa yang perlu untuk membantu rakyat kita di sana,” katanya di sini, pada Isnin.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris di Malaysia, semalam yang melaporkan mengenai kekecewaan anggota keluarga mangsa tragedi itu terhadap kekurangan bantuan daripada pihak berkuasa Malaysia di negara itu.

Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata beliau berkesempatan berhubung dengan anggota keluarga kepada dua mangsa tembakan itu iaitu Prof Dr Zurinawati Mohyi dan Noor Azila Abd Wahid.

Dr Wan Azizah berkata Zurinawati yang merupakan isteri kepada mangsa Mohd Nazril Hisham Omar dan Noor Azila isteri kepada Rahimi Ahmad menyatakan bahawa suami mereka berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

“Saya difahamkan seorang lagi mangsa yang cedera, Mohd Tarmizi Shuib juga berada dalam keadaan stabil, namun kita masih lagi tidak mendengar khabar mengenai anaknya berusia 17 tahun yang masih hilang, kita harapkan dia akan ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam sidang media yang sama, Dr Wan Azizah berkata beliau berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat Biro Pengurusan Transformasi Sosial (MOST) yang dipengerusikannya dan merakamkan penghargaan kepada semua anggota negara yang terlibat dalam menunjukkan komitmen untuk merealisasikan cadangan dan pelan tindakan yang dipersetujui berkaitan kajian dan pembangunan mengenai kemanusiaan dan sosial.

“Wakil Ketua Pengarah UNESCO, Angela Melo pada mesyuarat itu turut merakamkan penghargaan kepada Malaysia sebagai sebuah negara contoh susulan sumbangan dan kepimpinan dalam MOST khususnya sebagai presiden MOST bagi tempoh 2017-2019,” katanya.

Selain mempengerusikan mesyuarat itu, Dr Wan Azizah yang dalam rangka lawatan kerja empat hari di negara ini bermula Ahad akan mempengerusikan Sesi ke-14 Majlis Antara Kerajaan bagi MOST yang akan berlangsung hari ini dan esok di bangunan ibu pejabat UNESCO di sini.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!