Dua juruterbang maut jet Sukhoi terhempas di Armenia
Menurut jurucakap kementerian terbabit, Atrsrun Hovhannisyan menerusi siaran Facebook, serpihan jet jenis Sukhoi SU-25 dijumpai di pergunungan berhampiran bandar Maralik di barat wilayah Shirak, Armenia.
“Dua juruterbang iaitu Leftenan Kolonel Armen Babayan dan Mejar Movses Manukyan dilaporkan terbunuh dalam insiden itu,” katanya.
Laporan awal kementerian terbabit berkata pesawat berkenaan hilang dari radar pagi tadi, selepas berlepas untuk menjalani latihan harian. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!