Israel tembak jatuh dron Hizbullah

 Pasukan pertahanan Israel mengawal ketat sempadannya dengan Lubnan. - Foto AFP
Pasukan pertahanan Israel mengawal ketat sempadannya dengan Lubnan. - Foto AFP
A
A
A

TEL AVIV - Tentera Israel menyatakan pada Khamis bahawa ia telah menembak jatuh dron yang dihantar oleh pergerakan Syiah Lubnan, Hizbullah yang memasuki ruang udara Israel.

Lubnan dan Israel secara teknikal berada dalam keadaan perang dan dron telah menjadi ciri biasa di kawasan sempadan yang dikawal dengan ketat.

Hizbullah yang dibantu Iran dan berpangkalan di Lubnan yang berjiran dengan rejim Zionis mempunyai keupayaan pengawasan udara yang semakin meningkat.

Tentera Israel dalam satu kenyataan pada Khamis, berkata pihaknya telah menembak jatuh dron milik organisasi Hizbullah yang menyeberang dari Lubnan ke ruang udara Israel.

Pada Julai 2006, Hizbullah menawan dua askar Israel sehingga mencetuskan perang selama 33 hari dengan Israel yang menyebabkan 1,200 orang terkorban di Lubnan, ramai daripadanya ialah orang awam dan 160 orang lagi penduduk Israel termasuk anggota tentera rejim Zionis.

Ia berakhir dengan gencatan senjata yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyaksikan tentera Lubnan ditempatkan di sepanjang kawasan sempadan. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!