Ebit Lew didakwa termasuk tuduhan gangguan seksual

Ebit Lew ketika tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.
Ebit Lew ketika tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom.
A
A
A

TENOM - Pendakwah terkenal Ebit Lew dihadapkan di mahkamah di Tenom, pada Jumaat, dipercayai membabitkan 11 pertuduhan termasuk berkaitan gangguan seksual.

Ebit Lew, 37, tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, di sini, kira-kira jam 9 pagi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Sementara itu, perkarangan Pejabat Daerah Tenom turut dikawal pihak polis sejak awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan turut dijadualkan akan mengadakan sidang media berhubung kes itu selepas selesai proses pertuduhan terhadap Ebit Lew.

Difahamkan, Ebit Lew kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!