Sultan Johor batal dua jamuan sempena Hari Keputeraan

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
A
A
A

JOHOR BAHRU - Dua majlis gilang gemilang sempena meraikan Majlis Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan dibatalkan.

Keputusan diambil sendiri baginda Sultan itu adalah kerana perasan dukacitanya memandangkan masih terdapat mangsa yang terjejas akibat insiden pencemaran bahan kimia di Pasir Gudang.

"Ramai yang terjejas kerana pencemaran sisa bahan kimia akibat dibuat pihak tidak bertanggungjawab, malah ada yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala sekolah juga masih ditutup.

"Saya membatalkan dua acara ini oleh sebab tidak mahu berada di majlis yang meriah sedangkan ada rakyat yang masih menghadapi masalah dan masih menderita” titah Baginda menerusi Royal Press Office, hari ini.

Majlis Jamuan Teh itu dijadualkan berlangsung pada 24 Mac, manakala Majlis Jamuan Negeri pula akan diadakan pada 25 Mac ini.

Sultan Ibrahim bertitah, pembatalan acara itu, ia juga membolehkan petugas-petugas membabitkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan memberi tumpuan pada kerja-kerja pembersihan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

"Sebagaimana kita tahu, ramai petugas yang juga penjawat awam dan juga pasukan keselamatan serta perubatan terbabit dalam operasi pembersihan dan saya amat menghargai komitmen serta dedikasi mereka.

"Oleh demikian, saya berasakan adalah wajar untuk membatalkan acara ini demi rakyat dan pasukan petugas yang bekerja keras tanpa mengira waktu," titah baginda.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!