Capaian internet paling perlahan sebab PH batalkan rancangan 5G

Najib (Gambar kecil) Tangkap layar hantaran Facebook Najib pada Jumaat.
Najib (Gambar kecil) Tangkap layar hantaran Facebook Najib pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa kelajuan internet telefon Malaysia jatuh kepada paling perlahan di peringkat ASEAN.

Menurutnya, kejatuhan tersebut terjadi sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) membatalkan rancangan 5G.

Tambah beliau, kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikatakan selalu membuat pusingan-U dan akhirnya memutuskan untuk membina monopoli infrastruktur 5G melalui syarikat milik kerajaan Digital Nasional Berhad (DNB).

“Pada ketika ini juga, infrastruktur 5G yang dibina DNB masih tidak diluluskan oleh syarikat Apple dan Samsung.

“Harap kerajaan hari ini akan memperbetulkan keadaan ini secepat mungkin agar Malaysia tidak lagi merupakan satu-satunya negara di ASEAN tanpa perkhidmatan 5G,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Ujar Najib, tiada guna sekiranya rakyat Malaysia membeli telefon dan peranti 5G sekiranya tidak boleh digunakan.

“Apa ertinya bagi rakyat Malaysia membeli smartphone dan peranti 5G terbaharu yang canggih tapi kita tidak ada 5G?” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!