30 minit tahan sakit tangan tersepit mesin doh

Mangsa ditenangkan rakan sekerja ketika kerja menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba.
Mangsa ditenangkan rakan sekerja ketika kerja menyelamat dilakukan oleh pasukan bomba.
A
A
A

KEPONG - Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir 30 minit selepas pergelangan tangan kanannya tersepit pada mesin doh di sebuah kilang di Jinjang di sini, pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 petang sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang ke lokasi kejadian.

Menurut kenyataan itu, pasukan menyelamat mengambil masa kira-kira 16 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa berusia lingkungan 20-an itu.

"Pasukan bomba tiba pada jam 1.52 petang dan berjaya mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada mesin meleper doh dengan menggunakan peralatan khas.

"Mangsa berada dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan parah di pergelangan tangan kanan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!