Pencemaran kimia: Angka mangsa ke hospital menurun

No Image Caption
A
A
A

PASIR GUDANG - Seramai 22 orang dirujuk ke hospital setakat hari ini susulan pencemaran kimia di Sungai Kim Kim sekali gus menunjukkan penurunan bilangan mangsa berbanding semalam.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian, Dr Sahruddin Jamal berkata, sehingga jam 12 tengah malam tadi, jumlah pesakit yang dibenarkan pulang setelah mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) adalah seramai 73 orang.

"Pesakit baharu yang dirujuk ke hospital setakat hari ini seramai 22 orang. Manakala dua orang pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) berbanding 4 pesakit sebelum ini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,"katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh sebarang maklumat melalui aplikasi whatsapp dan media sosial kerana ia belum tentu sahih.

Jelasnya, untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan maklumat, orang ramai boleh hubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di talian 07-2522143 atau 07-2532143 atau boleh terus ke Aras 3, Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!