Michael Weiss terkejut Laos tewaskan Malaysia

Pemain Laos, Chony Waenpaseuthth berjaya melepasi kawalan pertahanan skuad B-23 negara dalam aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 di Stadium Prince, pada Jumaat. - Foto AFF
Pemain Laos, Chony Waenpaseuthth berjaya melepasi kawalan pertahanan skuad B-23 negara dalam aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 di Stadium Prince, pada Jumaat. - Foto AFF
A
A
A

PENGENDALI Laos, Hans Michael Weiss mengakui terkejut apabila skuad kendaliannya itu berjaya menewaskan skuad Bawah 23 tahun (B-23), negara pada aksi pertama Kumpulan B Piala AFF B-23 di Stadium Prince, pada Jumaat.

Katanya, kemenangan di luar jangkaan itu nyata cukup membanggakannya kerana secara tidak langsung membuktikan keberkesanan percaturan taktikal yang diterapkannya selama ini bersama skuad berkenaan.

“Kemenangan ini memang mengejutkan saya kerana ia memang tidak dijangka dan saya pasti ia turut mengejutkan ramai pihak.

“Apa pun, saya berbangga dengan semangat melawan yang ditunjukkan pemain saya di sepanjang perlawanan ini.

“Tambah mengagumkan, biarpun ketinggalan 0-1, tetapi mereka masih mampu memberikan aksi terbaik dan kemudianya bangkit untuk memenangi perlawanan ini,” katanya pada sidang media atas talian, pada Jumaat.

Pada perlawanan berkenaan, Laos ketinggalan 0-1 hasil jaringan pemain skuad B-23 negara, A Selvan pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bagaimanapun pada babak kedua, Laos mempamerkan kebangkitan kapten menerusi jaringan kapten, Bounphachan Bounkong pada minit ke-56, sebelum Phetdavanh Somsanid menanduk masuk gol kedua yang juga gol kemenangan pada minit ke-79.

Mengulas mengenai aksi kedua berdepan skuad B-23 negara Isnin depan, Michael Weiss berkata, dia tetap mengingatkan pemain Laos untuk memberikan aksi terbaik pada perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, perlawanan kedua nanti, adalah satu perlawanan yang berbeza dan pemain perlu berikan yang terbaik seperti hari ini (Jumaat).

“Jika ia berjaya dilakukan, saya percaya kita mampu mencatatkan kejayaan pada perlawanan berkenaan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!