Van de Beek mampu beri lebih impak bersama Everton

Van de Beek (kiri) kini menggalas cabaran bersama Everton dalam saingan EPL. FOTO: AFP
Van de Beek (kiri) kini menggalas cabaran bersama Everton dalam saingan EPL. FOTO: AFP
A
A
A

PENGENDALI Everton, Frank Lampard percaya The Toffees merupakan pentas terbaik untuk Donny van de Beek kembali berada prestasi terbaiknya selepas bergelut semasa menyarung jersi Manchester United.

Malah menurut Lampard, beliau yakin bintang muda Belanda berusia 24 tahun itu akan kembali semula di prestasi terbaik seperti ketika bersama Ajax Amsterdam sebelum ini.

"Saya amat mengagumi gaya permainannya dan percaya dia boleh memainkan peranan yang lebih bersama Everton seperti dibuktikan ketika menentang Leeds.

"Saya tahu dia mempunyai bakat luar biasa yang masih belum digunakan pada tahap terbaik bagi membantu kelab ini dalam mengharungi baki saingan liga.

"Ini antara satu tarikan menyebabkan saya membawanya ke Goodison Park, selepas mengetahui dia boleh membawa elemen berbeza untuk membantu kelab dengan cara yang berbeza," kata.

Van de Beek menandatangani kontrak di Goodison Park pada tarikh akhir jendela perpindahan Januari lalu selepas bergelut meraih tempat dalam pasukan utama United di bawah kedua-dua Ole Gunnar Solskjaer dan Ralf Rangnick.

Semasa The Red Devils di bawah kendalian Solskjaer, Van de Beek hanya berjaya memulakan empat perlawanan manakala tidak pernah sekali pun mendapat minit permainan di bawah pengurus sementara Ralf Rangnick.

Anak buah Lampard akan berkunjung ke Southampton bagi perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!