Rangnick optimis kemenangan United

Rangnick mahu pemain United memberikan aksi terbaik berdepan Leeds. - Foto Getty Images
Rangnick mahu pemain United memberikan aksi terbaik berdepan Leeds. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI interim Manchester United, Ralf Rangnick percaya skuad kendaliannya mampu menangani cabaran dan seterusnya mencatatkan kemenangan berdepan Leeds United di Elland Road pada Ahad.

Menurut Rangnick, biarpun menjangkakan menerima tentangan sengit daripada skuad The Whites itu termasuk berdepan provokasi penyokong, skuad The Red Devils itu akan tetap memberikan aksi terbaik.

“Mengikut perkhabaran yang saya terima, sudah lebih sedekad United tidak berdepan dengan penyokong Leeds dan musim lalu difahamkan perlawanan di Elland Road diadakan secara tertutup ekoran pandemik Covid-19.

“Saya juga difahamkan kali terakhir United menang di Elland Road adalah pada musim 2011 lalu.

“Oleh itu, diharapkan pertemuan kali ini akan dapat mengulangi kejayaan berkenaan dan membantu misi kita untuk mengukuhkan kedudukan,” katanya.

Untuk rekod, kedua-dua pasukan sekadar terikat tanpa jaringan pada aksi musim lalu di Elland Road, manakala dua kali kunjungan Leeds ke Old Trafford sebelum itu menyaksikan pasukan berkenaan tewas 1-5 pada musim 2021 dan 2-6 (2020) lalu.

Mengulas lanjut, Rangnick mengakui tidak banyak mengetahui mengenai perseteruan antara kedua-dua pasukan apabila Leeds disifatkan sebagai antara ‘musuh tradisi’ skuad The Red Devils itu.

Bagaimanapun, Rangnick berharap kesebelasan pemain dapat memberikan aksi terbaik pada aksi berkenaan dan seterusnya mencatatkan kemenangan.

Artikel Berkaitan:

“Jujur, saya tidak tahu mengenai perkara (perseteruan) ini sehinggalah diberitahu mengenainya minggu lalu.

“Apa pun, bagi saya keadaannya sama seperti di Bundesliga, contohnya melibatkan Borussia Dortmund dan Shcalke 04 serta beberapa pasukan lain," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!