Tujuh lelaki samun, larikan warga Bangladesh diberkas

No Image Caption
A
A
A

KLANG - Tujuh individu diberkas dipercayai terlibat dalam kes samun dan melarikan seorang lelaki warga Bangladesh di Taman Bayu Perdana, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, adik mangsa menerima panggilan daripada seseorang yang meminta wang tebusan sebanyak RM50,000.

"Suspek turut mengugut untuk datang ke rumah adik mangsa sekiranya tidak memberikan wang yang diminta.

"Kira-kira jam 9.50 malam, beberapa lelaki tempatan datang ke rumah adik mangsa dengan membawa mangsa bersama," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, berang tidak diberikan wang yang diminta, kesemua suspek bertindak memukul adik mangsa bersama tiga lagi rakannya.

"Suspek kemudiannya membawa mangsa bersama mereka semula sebelum meninggalkannya di tepi jalan di Shah Alam," katanya.

Hoong Fong berkata, operasi mengesan suspek dijalankan sebelum berjaya menahan mereka yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

"Kesemua suspek berumur antara 20 hingga 25 tahun itu ditahan di sekitar Klang dan Shah Alam.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395, 397 dan 365 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!