Musim candat sotong kini bermula
Mohd Azlin yang menyediakan perkhidmatan bot untuk mencandat sotong menyifatkan musim tahun ini juga berbeza berbanding sebelumnya, malah dijangka kehadiran pelancong akan meningkat.
“Kalau nak ikutkan aktiviti ni masih awal, tapi dah ada pelanggan yang tempah bot untuk trip mencandat sotong. Kadar sewa bot bermula dari RM1,000 bagi setiap trip mencandat.
"Kadar sewa juga bergantung pada saiz bot. Ada bot RM1,000, ada RM1,200. Bot besar boleh bawa 12 orang. Kadar ni biasa dikenakan di Marang yang dah terkenal dengan aktiviti mencandat.
"Walaupun masih pada awal musim dan biasanya tangkapan kurang, tapi saya dan rakan-rakan berjaya dapat hasil, cuma kena rajin," katanya.
Mohd Azlin berkata, musim aktiviti mencandat juga adalah detik yang paling ditunggu-tunggu.
Sementara itu, seorang nelayan, Mohamad Awang, 46, berkata, dia juga berasa seronok apabila tibanya musim sotong kerana pada waktu inilah mereka berpeluang menambah pendapatan disebabkan harga sotong agak tinggi di pasaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!