Peminat Tomok, New Boyz baling telur minta maaf

TOMOK BERSAMA ANGGOTA NEW BOYZ. Foto: INSTAGRAM
TOMOK BERSAMA ANGGOTA NEW BOYZ. Foto: INSTAGRAM
A
A
A

PENYANYI yang juga vokalis kumpulan New Boyz berkongsi tiga paparan skrin pengakuan seorang lelaki yang pernah membaling telur kepada kumpulan itu ketika mereka mengadakan persembahan di Kota Tinggi, Johor, kira-kira 20 tahun lalu.

Bagaimanapun lelaki yang dikenali dengan nama Kamarul Ariffin Nor Sadan itu mengambil langkah untuk memohon maaf, biarpun peristiwa itu sudah lama berlaku.

"Aku ada pengakuan nak buat pada Tomok dan New Boyz. Sekitar tahun 1999-2002 (tak berapa ingat), New Boyz ada buat persembahan di Plaza Kota Tinggi, Johor.

"Aku dengan beberapa orang rakan telah melakukan onar dengan niat sabotaj. Kami baling telur.

"Sejujurnya, aku tiada justifikasi yang kukuh untuk sabotaj kalian. Ia lebih kepada tindakan mengikut jiwa muda yang gemar memberontak, mungkin juga kerana dicabar.

No Image Caption

"Tapi dalam diam, aku layan juga lagu-lagu New Boyz. Nyanyi dalam hati, siap hafal. Masa itu duduk di asrama, kalau nyanyi kuat-kuat nanti dicop jiwang.

"Maka bersaksikan 200,000 pengikut, aku dengan rendah diri dan ikhlas, aku nak mohon maaf pada kalian. Aku tahu, 20 tahun itu lama, lebih baik lambat daripada tiada langsung," tulis lelaki berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tidak mahu memanjangkan kisah lama, jauh sekali berdendam, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, memberitahu, dia telah memaafkan lelaki terbabit.

"Buang yang keruh... Ambil yang jernih... Kita hanya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan. Saya maafkan awak bro!" ujarnya yang turut mendapat respons positif dari pengikut Instagramnya.

Tomok telah bersama New Boyz sejak 20 tahun lalu dan kini dalam perancangan untuk mengadakan konsert sempena ulang tahun ke-20 kumpulan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!