Malaysia ke final BATC 2022

Tze Yong menyumbang mata kemenangan Malaysia ketika berdepan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir BATC 2022 di Shah Alam sebentar tadi.
Tze Yong menyumbang mata kemenangan Malaysia ketika berdepan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir BATC 2022 di Shah Alam sebentar tadi.
A
A
A

SKUAD lelaki negara mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 apabila menewaskan Korea Selatan 3-0 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam sebentar tadi.

Mata ketiga yang juga merupakan mata kemenangan negara disumbangkan pemain perseorangan kedua, Ng Tze Yong yang menewaskan Kim Joo Wan 19-21, 21-16, 21-12.

Walaupun tewas pada set pertama, Tze Yong mempamerkan aksi mantap pada dua set berikutnya bagi mencatatkan kemenangan buat skuad negara bagi menempah pertemuan dengan Indonesia dalam aksi final pada Ahad.

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan Jeon Hyeok Jin 13-21, 21-13, 21-15.

Kemenangan Zii Jia dilihat menyuntik semangat gandingan beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila menyaksikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu menewaskan gandingan Kim Sa-rang–Kim Won-ho, 21-14, 20-22, 21-19.

“Sasaran kita memang untuk ke final dan semestinya kalau sampai ke final, takkan tak nak jadi juara. Saya memang yakin Malaysia akan mara ke final dan kita akan cuba untuk menjadi juara,” kata Zii Jia selepas kemenangan ke aras Hyeok Jin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!