Anwar diperkenan menghadap TMJ
SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membincangkan mengenai pembangunan negara serta negeri Johor.
Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata, pertemuan itu berlangsung selama satu setengah jam.
"Menjunjung kasih atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan negara serta negeri Johor.
"Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut," tulis Anwar pada Sabtu.
Pada Selasa lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut diperkenan menghadap Tunku Ismail bersama isteri baginda, Che' Puan Khaleeda Bustamam bagi membincangkan mengenai keperluan pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!