Pekerja kedai cuci kereta dijel, sebat
Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin menjatuhkan hukuman selepas Muhammad Syahrul Izuwan Azman, 36, mengaku salah terhadap tuduhan yang dikemukakan.
Tertuduh didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas merompak sebuah rumah kongsi dengan mengambil tiga beg duit, satu beg silang, satu mesin pemotong besi, dua gerudi, tiga telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM1,000 serta turut mencederakan Kalam Arju, 35, dalam kejadian di Kampung Sungai Hala, Machang, pada jam 1.20 pagi, 31 Mei 2018.
Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Terdahulu, tertuduh memohon hukumannya diringankan, bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya negeri, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry memohon hukuman setimpal atas kesalahan serius yang dilakukan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!