Tuchel kritik persembahan Lukaku

Lukaku merekodkan tujuh kali sentuhan ketika Chelsea menang 1-0 ke atas Palace.
Lukaku merekodkan tujuh kali sentuhan ketika Chelsea menang 1-0 ke atas Palace.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengkritik persembahan yang ditampilkan penyerangnya, Romelu Lukaku ketika pasukannya mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, awal pagi Ahad.

Menurut Tuchel, pemain kelahiran Belgium itu seolah langsung tidak terbabit dalam perlawanan itu selepas hanya berjaya menyentuh bola sebanyak tujuh kali sepanjang aksi 90 minit.

Dia (Lukaku) jelas tidak terbabit (dalam perlawanan itu), meskipun kami kelihatan agak letih dan anda boleh lihat semua pemain berusaha keras tetapi tiada siapa yang melihat anda (Lukaku) berusaha keras.

"Namun saya gembira pasukan berjaya mencatatkan kemenangan dan mengekalkan rekod bersih supaya kami dapat terus memberikan saingan," katanya.

Pada perlawanan tersebut, Hakim Ziyech memastikan The Blues mengutip tiga mata penuh apabila berjaya berjaya menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan.

Bagaimanapun persembahan hambar Lukaku menjadi tumpuan ketika Tuchel berdepan media sebaik tamat perlawanan.

Untuk rekod, Lukaku sebelum ini berjaya meledak dua gol dalam saingan Piala Dunia Kelab untuk mengumpul gol ke-10 bersama Chelsea sejak kembali ke Stamford Bridge musim panas lalu.

Namun pemain berusia 28 tahun itu tidak meledak sebarang gol sejak Disember, yang mana dia membuat kenyataan bahawa dia dipergunakan di Chelsea dan mahu kembali ke kelab lamanya, Inter Milan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!