Noh mohon maaf terlupa tanggal topi BN dalam program kementerian

Noh menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad memohon maaf berikutan terlupa menanggalkan topi berlambang BN dalam satu program usahawan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Pulai Johor Bharu pada Sabtu.
Noh menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad memohon maaf berikutan terlupa menanggalkan topi berlambang BN dalam satu program usahawan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Pulai Johor Bharu pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar memohon maaf berikutan terlupa menanggalkan topi berlambang Barisan Nasional (BN) dalam satu program usahawan di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat Pulai Johor Bharu pada Sabtu.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor dalam satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad memaklumkan, sebelum menamatkan ucapan beliau sempat memohon maaf kepada usahawan yang hadir pada program itu.

"Tidak sengaja (saya memakai topi berlambang BN) sebab hujan masa saya sampai. Terima kasih sebab sporting (berfikiran terbuka)," ujarnya.

Dalam video yang turut dikongsi Noh pada hantaran Facebook sama memaklumkan, perkara itu tidak disengajakan berikutan hujan sewaktu beliau sampai ke program berkenaan.

"(Saya) terlupa hendak buka topi (disebabkan) hujan sewaktu saya sampai, jadi jangan lupa (mengundi) lambang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini sebagai hari pengundian dengan penamaan calon pada 26 Februari, manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!