Turki tawar program biasiswa kepada rakyat Malaysia: Idris

Tangkap layar Facebook Idris pada Ahad
Tangkap layar Facebook Idris pada Ahad
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan Turki menawarkan program biasiswa pelajaran kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menyambung pengajian di negara berkenaan.

Perkara itu dikongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menerusi hantaran di laman Facebook beliau pada Ahad.

Idris memaklumkan, permohonan biasiswa itu kini dibuka dan calon-calon dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh membuat permohonan sebelum tawaran berakhir 15 Mac depan.

“Alhamdulillah Kedutaan Besar Republik Turkiye telah memaklumkan bahawa Presidensi Hal Ehwal Ugama Turkiye bersama Yayasan Turkiye Diyanet telah mengumumkan tawaran program biasiswa itu.

“Ia membabitkan tawaran biasiswa bagi pengajian di Anatolian Imam Hatip High School, Theology Undergraduate dan Theology Graduate (Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah),” katanya.

Tambahnya, calon-calon dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan boleh mendapatkan maklumat lanjut di pautan https://diyanetburslari.tdv.org.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!