Anak hidap asma kronik, isteri Lan Solo minta petua
Bimbang dengan keadaan anaknya yang perlu mengambil nebulizer sekurang-kurangnya dua kali sehari, isteri Lan iaitu Nur Sheila Hassim meminta pandangan dan petua daripada pengikutnya di Instagram.
"Doktor sahkan Akid ada kronik asma, jadi sehari kena neb dua kali minimum. Ibu-ibu kat luar sana ada tak petua lain?
"Kalau boleh saya nak cari petua dan penyelesaian supaya Akid tak bergantung kepada Neb dan ubat-ubatan yang berpanjangan," jelasnya.
Tambah Sheila, 33, ada yang mencadangkan dia menjadi hati unta kering, yang kemudiannya ditumbuk dan dicampurkan ke dalam makanan anaknya itu.
"Ada yang mesej suruh saya cari hati unta kering tumbuk dan campurkan kat setiap makanan Akid. Ada juga yang suruh mandikan dengan lemon.
"Ada idea tak ibu?," katanya.
Lan dan Sheila berkahwin pada 6 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 7, Nur Amna Qeesyara, 5, Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra kini berusia 10 bulan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!