Latihan ketenteraan Rusia-Belarus dilanjutkan

Tentera Rusia (kiri) dan Belarus saling bersalaman ketika latihan ketenteraan bersama sebagai sebahagian daripada pemeriksaan Pasukan Tindak Balas Negara Kesatuan berhampiran Brest. - Foto AFP
Tentera Rusia (kiri) dan Belarus saling bersalaman ketika latihan ketenteraan bersama sebagai sebahagian daripada pemeriksaan Pasukan Tindak Balas Negara Kesatuan berhampiran Brest. - Foto AFP
A
A
A

MINSK - Belarus mengesahkan latihan ketenteraan bersama tentera Rusia akan dilanjutkan berikutan ketegangan yang semakin meningkat berhubung krisis Ukraine walaupun Moscow pernah berjanji latihan tersebut akan berakhir pada Ahad.

"Kedua-dua presiden sebulat suara untuk meneruskan pemeriksaan terhadap tahap persediaan Pasukan Tindak Balas Negara Kesatuan. Tentera Rusia akan kekal berada di kedudukan mereka di Minsk," ujar Menteri Pertahanan, Victor Khrenin.

Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan peningkatan aktiviti ketenteraan di sepanjang sempadan Minsk dan Moscow serta ketegangan yang semakin memuncak di timur Kiev.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan tempoh latihan ketenteraan berskala besar itu akan berlangsung dan ia bertujuan meneruskan matlamat untuk memastikan tindak balas tentera mencukupi terhadap sebarang ancaman luar.

Sebelum ini, latihan ketenteraan bersama Belarus-Rusia telah meningkatkan kebimbangan Barat yang khuatir ia sebagai persediaan untuk kempen serangan ke atas Ukraine.

Washington juga mendakwa Kremlin telah mengerahkan kira-kira 30,000 anggota tentera untuk latihan bersama negara bekas Kesatuan Soviet itu. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!