Harimau Muda mampu atasi Laos

Hamidin beramah-mesra bersama warga akademi selepas menandatangani poster gimik Pelancaran Akademi Bola Sepak Star Lion PFA di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar pada Ahad.
Hamidin beramah-mesra bersama warga akademi selepas menandatangani poster gimik Pelancaran Akademi Bola Sepak Star Lion PFA di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra Kangar pada Ahad.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan mampu melakar kemenangan dalam aksi menentang Laos pada perlawanan terakhir Kumpulan B Kejuaraan Bawah 23 AFF di Phnom Penh, Kemboja, esok.

Bagaimanapun, Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, FAM tidak meletak harapan besar, kerana pasukan yang dihantar ke kejohanan tersebut bukannya pasukan terbaik negara, sebaliknya mereka adalah skuad pelapis yang dihantar untuk mendapat pendedahan.

"Kalau ada rezeki dan perlawanan memihak kepada kita, mereka boleh atasi Laos esok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Akademi Bola Sepak Star Lion PFA (Persatuan Bola Sepak Perlis) di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini, pada Ahad.

Hamidin mengakui bahawa skuad bimbingan jurulatih Brad Maloney gagal menggunakan beberapa peluang, dan belum ada rezeki untuk meraih kemenangan apabila tewas kepada Laos di Stadium Prince, Jumaat lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!