Kanak-kanak derita ketumbuhan misteri

Muhammad Arshad Daniel hanya mampu terbaring menahan sakit.
Muhammad Arshad Daniel hanya mampu terbaring menahan sakit.
A
A
A

GUA MUSANG - Di usia 12 tahun, kanak-kanak ini sudah diuji dengan derita penyakit ketumbuhan misteri yang semakin membesar sehingga mengeluarkan air bisa.

Muhammad Arshad Daniel Halim, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Chalil, ini hanya mampu terbaring menahan sakit.

Lebih memilukan, keluarga ini baharu sahaja kehilangan ketua keluarga apabila bapanya, Halim Stapa, 49, meninggal dunia sebulan lalu kerana kanser usus.

Menurut Zariah Wahab, 39, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kampung Kesedar Chalil, anak ketiganya itu mula menunjukkan perubahan selepas suaminya meninggal dunia.

Katanya, ketumbuhan misteri itu semakin membesar dan Daniel mengadu sakit sejak akhir-akhir ini.

"Ketumbuhan itu bermula dari tanda lahir. Apabila berusia 2 tahun, tanda lahir itu membesar dan saya rujuk ke hospital. Ketika itu, Daniel tidak sakit.

"Sehingga kini, doktor tidak dapat mengesahkan jenis ketumbuhan itu dan pembedahan tidak dapat dilakukan kerana melibatkan risiko pendarahan.

"Sejak sebulan lalu, tahap kesihatan Daniel mula terganggu dan dia mengadu sakit. Ada kala, dia tidak dapat ke sekolah kerana sakit dan jika ke sekolah, guru terpaksa menghantarnya pulang ke rumah," katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambah Zariah, sejak pemergian suami, dia menyara lima anak hanya dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan berserta ihsan penduduk kampung.

"Sebelum ini, arwah suami kerja kampung. Suami jatuh sakit ketika saya dalam pantang anak kelima. Tiga anak masih bersekolah dan dua masih 'berebut' buaian," katanya.

Selain Daniel, empat anaknya adalah Nur Kartika, 17, Muhammad Aidiel Daniel, 15, Muhammad Arash, setahun lima bulan dan Nur Fatihah, lima bulan.

GUA MUSANG Kanak-kanak dari RKT Kesedar Chalil, derita ketumbuhan misteri. Sama2 kita doakan kesembuhan buat Adik Daniel. #SinarHarianGuaMusang

Posted by Sinar Harian Edisi Kelantan on Tuesday, March 19, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!