[VIDEO] KPM tangani isu beg sekolah berat

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Penyelesaian kepada beberapa punca isu beg sekolah berat sedang ditangani Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, antara diberi perhatian adalah jumlah mata pelajaran yang diajar terlalu banyak pada setiap hari.

"Untuk sekolah rendah adakalanya sehingga tujuh mata pelajaran sehari namun bagi sekolah yang mengajar tiga atau empat mata pelajaran sehari, kita dapat lihat bahawa berat beg lebih ringan," katanya.

Menurutnya, KPM sedang meneliti untuk melihat kekangan dalam konteks guru berdasarkan opsyen mata pelajaran.

"Kita tidak boleh suka- suka keluarkan arahan untuk terus kurangkan kepada tiga (mata pelajaran) dan ini sedang diteliti satu persatu," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Sekolahku Sejahtera di sini pada Isnin.

Beliau berkata, pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membenarkan murid-murid menggunakan pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama.

"Ini boleh mengurangkan beg berat anak-anak," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Radzi Jidin
Mohd Radzi Jidin

Isu beg sekolah yang berat berlanjutan sekian lama kembali menjadi bualan hangat selepas ada murid dilapor mengalami tulang belakang bengkok akibat rutin menggalas beban beg berat setiap hari.

Mohd Radzi berkata, turut diteliti adalah penggunaan lokar bagi sekolah dua sesi.

"Jika ambil kira keseluruhan bilangan sekolah rendah, kosnya amat besar," katanya.

Ditanya mengenai cadangan agar murid tidak diberi pinjaman buku teks, beliau berkata buku teks boleh diletakkan di sekolah namun pelajar masih memerlukannya untuk mengulangkaji pelajaran.

"Kita juga melihat ada sesetengah buku teks jilidnya masih tebal, jadi antara pendekatan adalah sama ada kita boleh ditambah jilid dan Nurin boleh membawa buku lebih nipis," katanya.

Ujarnya, penyelesaian berhubung isu tersebut akan dicapai secepat mungkin.

"Kementerian sedang membuat kerangka yang menyeluruh dan akan diselesaikan cepat mungkin," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!