SPRM kesan dua individu bantu siasatan

Muhammad Nizamuddin, Khor Jun Han
Muhammad Nizamuddin, Khor Jun Han
A
A
A

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan kes SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, individu pertama dicari adalah Khor Jun Han atau dikenali sebagai Kevin, 32, yang alamat terakhirnya di Taman Sri Rampai Setapak di sini.

Manakala individu kedua individu kedua, Muhammad Nizamuddin Mohd Iskandar, 20, pula beralamat terakhir di No 3-2B, Jalan Desa 9/2, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Nuri Muda di talian 017-2047355 atau 03-55256500,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!